Wednesday, June 1, 2011

Menyeluruh

Assalamualaikum

Alhamdulillah,hari ini aku masih lagi dikurniakan nikmat Islam,Iman dan akal.Jom guna akal kita untuk berfikir tentang kejadian alam yang dah Allah diciptakan.Macam biasalah,tak tau nak cerita apa,tapi mungkin nak cerita pasal konsep Syumul dalam Islam.

Islam adalah sistem hidup yang syumul,mencakupi seluruh fenomena kehidupan.Maka ia adalah negara dan tanah air atau kerajaan dan umat,akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan,kebudayaan dan undang2 atau ilmu dan kehakiman,material dan kebendaaan atau usaha dan kekayaan,jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah.Sepertimana ia adalah aqidah yang sebenar dan ibadah yang sahih tanpa bezanya.

Berdasarkan teks diatas jelaslah bahawa Islam itu mencakupi pelbagai aspek dalam kehidupan manusia.Minda umat Islam masa sendiri telah disempitkan tentang konsep Islam.Ada yang beranggapan Islam itu hanya sembahyang-sembahyang sahaja,ataupun makan kenduri.Konsep syumul telah dijelaskan dalam
Al Quran,antaranya :

Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu) dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah pertunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan, bagi orang-orang Islam.(An Nahl :89)

Sebagai seorang muslim,kita sepatutnya berasa izzah(bangga) dengan Islam itu sendiri.Mungkin aku pun kadang2 tak dapat rasa macam itu.Contohnya,kalau dekat university,nak solat pun sorok-sorok bawah tangga.Islam itu ada dalam setiap perkara;politik,ekonomi,undang-undang,sosial dan pendidikan.Realiti di Malaysia,konsep syumul macam tiada.Contohnya dalam politik,sesetengah ahli politik apabila bercakap tentang politik mereka lupa tentang cabang-cabang lain dalam Islam.Berkempen sehingga melupakan adab-adab berbicara,mengumpat,mencerca parti lawan walhal kadan-kadang parti lawan itu saudara seislam mereka.Bila ada ahli PAS yang masuk UMNO,mereka disanjung walhal dahulunya diperlekehkan.Sama juga dengan sebaliknya.Ini lah kesan apabila Islam tidak diambil secara menyeluruh.

Orang Melayu sememangnya bangga dengan keturunan mereka,tapi sedarkah kita bahawa yang akan dipersoalkan diakhirat bukanlah kita ini kaum apa,tapi agama kita,kesaksian kita terhadap keEsaan Allah dan meyakini Muhammad Rasulullah.Adakah kita nak kata Allah racist?Orang Islam itu bersaudara seperti mana firman Allah dalam surah Al Hujrat ayat 10 :

Orang-orang mukmin itu bersaudara, sebab itu perdamaikanlah antara dua orang bersaudara mu dan takutlah kepada Allah mudah-mudahan kamu mendapat rahmah.

Islam bukan sedakar memakai serban dan iman yang terperosok di dalam hati.Islam juga bukan sekadar duduk bersujud sepanjang masa,kalau kita anggap begitu mengapa para sahabat sanggup berperang dan mengembara sehingga ke Turki?Bukankah pahal bersolat di masjidil haram berlipat kali ganda pahala?Bila bercerita tentang para sahabat seperti usamah bin zaid,said bin amr,thufail dan lain-lain,rasa kagum tu memang wujud dalam diri.Mereka in semua insan yang hebat,berasa izzah terhadap Islam.Kisah Abu Dzar memang contoh terbaik!Tapi lain kali sajalah cerita kisah Abu Dzar.

Rasanya macam dah lari dari tajuk.hehe.Sebagai kesimpulan,janganlah sempitkan pemikiran kita pada Islam.Islam tak melarang kita berhibur,tak melarang kita beriadah,tapi cara kita berhibur dan beriadah tu perlulah selaras dengan adab-adab Islam.Yang penting jangan jadi fitnah kepada Islam!

Jazakalkahu Khairan kerana membaca.(^_^)