Thursday, June 2, 2011

Illuminati dan Freemason boleh jalan

Assalamualaikum

Sekarang ni,semua benda nak dikaitkan dengan Freemason dan Illuminati.Yang kau orang sibuk-sibuk nak cari sangat tu kenapa?Kan hari KIAMAT akan pasti tiba.Lebih baik kita siap-siapkan diri kita,tingkatkan amalan,perbaikkan amalan,kan itu lebih bagus.

Hari KIAMAT ni senang cerita macam tarikh exam lah.Kita tahu akan ada exam,so bagi mereka yang nak lulus mesti bersedia,baca buku,asah pensel,beli pen,pinjam calculator.Sama lah macam hari KIAMAT.Kita dah tahu akan berlaku,jadi kita kena lah bersedia untuk lulus.Sibuk sangat cari Freemason dan Illuminati,baik duduk sebentar dan beriman sejenak.Tapi biarlah beriman sentiasa walaupun memang hakikatnya Iman manusia menaik dan menurun.

Dalam Hadith riwayat Muslim ada mencertiakan tentang kisah Hanzalah bin Ar Rabi'.Beliau telah bertemu dengan Abu Bakar r.a lalu dia berkata, 'Hanzalah telah munafik!'.
Abu Bakar terkejut lalu bertanya mengapa Hanzalah berkata begitu.
Lalu jawab Hanzalah, "Ketika berada bersama Rasulullah s.a.w, Baginda selalu mengingatkan tentang syurga dan neraka seolah-olah aku melihatnya, lalu ketika aku keluar dari hadapan Rasulullah, aku disibukkan oleh isteri, anak-anak dan mencari nafkah, maka aku menjadi lupa peringatan Baginda!

Abu Bakar terdiam lalu dia berkata, "Demi Allah, aku juga begitu". Lalu kedua sahabat itu sepakat mahu bertemu dengan Rasulullah untuk mengadu akan masalah ini.

Lalu Rasulullah bersabda, "Demi dzat yang jiwaku di tangan-Nya, andai kalian tetap seperti kalian di sisiku dan terus berzikir niscaya para malaikat akan menjabat tangan kalian, sedang kalian berada di atas tempat tidur dan di jalan raya. Akan tetapi wahai Hanzalah, ada waktumu (untuk beribadah) dan ada waktumu (untuk duniamu)"

Jazakallahu Khairann!
Salam