Tuesday, May 31, 2011

Assalamualaikum

Mungkin rasanya sudah lama aku tak aktif dalam dunia penulisan.Mungkin kerana disibukkan dengan peperiksaan atau mungkin juga sebab aku sendiri dah hilang minatuntuk menaip.

Entah kenapa masa musim-musim exam ni lah terasa nak aktif balik,tapi aku harap
aktif balik untuk buat artikel2 yang berfaedah.Sekurang-kurangnya ada lah
sikit memberi faedah kepada yang membaca.Kali ni rasanya macam tiada apa-apa
isi yang nak diceritakan,cuma nak mengingatkan tentang kita sebagai hamba.

Seperti yang semua maklum,manusia ini tidak lain hanyalah hamba kepada Tuhan Pencipta
Sekalian Alam,Allah.Kalau mengikut konsep perkataan hamba itu sendiri,jelaslah bahawa
seorang hamba itu tidak layak untuk membantah apatah lagi untuk mengingkari
serta memberontak terhadap Tuannya.Dalam konteks kita sebagai hamba Allah,mana mungkin kita mengingkari segala perintahNya.

Allah lah yang memiliki segala sesuatu didunia ini termasuk gas-gas oksigen yang kita
perolehi secara percuma.Dan akhirnya kita akan kembali menemui Allah di akhirat kelak.Ketahuilah bahawa dunia ini hanyalah tempat persinggahan bahkan Allah menyatakan dalam surah Al Hadid ayat ke 20 yang bermaksud :

Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu

Jika kita lihat pada hari ini,manusia lebih terdorong mencari kekayaan didunia tetapi ini tidak bermaksud Allah melarang kita mencari kekayaan.Yang dimaksudkan terdorong mencari kekayaan didunia ini adalah terlampau sibuk dengan perniagaan2,aktiviti2 sosial hingga terlupa kewajipan kita terhadap Allah.Kalau kita imbau kembali sejarah para sahabat seperti Abd.Rahman bin Auf dan isteri Nabi Muhammad sendiri,Khadijah mereka merupakan orang yang mahir dalam bidang perniagaan.Tetapi kita boleh lihat bagaimana mereka menggunakan potensi yang ada dalam diri mereka untuk jalan dakwah.

Mungkin cukup sampai disini,aku just nak kongsi satu ayat ni yang mungkin sedikit sebanyak memberi keinsafan kalau dihayati betul-betul.Baca dengan mata,masuk ke minda dan jatuh ke hati.Semoga hati basah dengan ketaqwaan kepada Allah.Jazakallahu Khairan

Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.(Al Hajj :5