Friday, June 17, 2011

Aku sebagai muslim

Assalamualaikum

Antara Islam dan Melayu mana lebih penting?Adakah kemelayuan kita akan dipersoalkan di akhirat?Takkan Melayu hilang di dunia.Aku lebih rela Melayu hilang daripada islam hilang.Aku nak islam,bukan Islam.Apa beza islam dengan Islam?Senang saja.Sebagai contoh;aku lari dan aku Lari.Aku lari merujuk kepada perbuatan aku lari,tapi kalau aku Lari merujuk kepada aku yang bernama Lari.Contoh saja,memang tiada orang nama Lari.Islam bukan sekadar nama,tapi diterjemahkan kepada perbuatan dan diImani di dalam hati.

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.(Al an'aam:162)

Tak ramai yang mampu membuat seluruh penyerahan diri kepada Allah.Kadang-kadang kita gagal dalam suatu perkara,kita salahkan pelbagai pihak,bila kita berjaya kita lupa itu semua pemberian Allah.Memang pada dasarnya sifat manusia itu lupa dan kerana itu perlunya sistem tarbiyah yang sentiasa mengingatkan kita untuk sentiasa berpegang pada jalan Allah.Mampukah kita untuk melakukan semua perkara kerana Allah?Kadang-kadang kita rasa kita belajar sebab nak jadi doktor,nak jadi macam-macam lagi lah.Kita melafazkannya setiap hari 'Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.' tetapi adakah kita memahami dan menghayati?

Banyak persoalan dalam diri yang perlu dihuraikan sebagai seorang hamba.Berpeganglah kepada Al Quran dan As Sunnah.Jazakallahu Khairan.