Thursday, June 2, 2011

Illuminati dan Freemason boleh jalan

Assalamualaikum

Sekarang ni,semua benda nak dikaitkan dengan Freemason dan Illuminati.Yang kau orang sibuk-sibuk nak cari sangat tu kenapa?Kan hari KIAMAT akan pasti tiba.Lebih baik kita siap-siapkan diri kita,tingkatkan amalan,perbaikkan amalan,kan itu lebih bagus.

Hari KIAMAT ni senang cerita macam tarikh exam lah.Kita tahu akan ada exam,so bagi mereka yang nak lulus mesti bersedia,baca buku,asah pensel,beli pen,pinjam calculator.Sama lah macam hari KIAMAT.Kita dah tahu akan berlaku,jadi kita kena lah bersedia untuk lulus.Sibuk sangat cari Freemason dan Illuminati,baik duduk sebentar dan beriman sejenak.Tapi biarlah beriman sentiasa walaupun memang hakikatnya Iman manusia menaik dan menurun.

Dalam Hadith riwayat Muslim ada mencertiakan tentang kisah Hanzalah bin Ar Rabi'.Beliau telah bertemu dengan Abu Bakar r.a lalu dia berkata, 'Hanzalah telah munafik!'.
Abu Bakar terkejut lalu bertanya mengapa Hanzalah berkata begitu.
Lalu jawab Hanzalah, "Ketika berada bersama Rasulullah s.a.w, Baginda selalu mengingatkan tentang syurga dan neraka seolah-olah aku melihatnya, lalu ketika aku keluar dari hadapan Rasulullah, aku disibukkan oleh isteri, anak-anak dan mencari nafkah, maka aku menjadi lupa peringatan Baginda!

Abu Bakar terdiam lalu dia berkata, "Demi Allah, aku juga begitu". Lalu kedua sahabat itu sepakat mahu bertemu dengan Rasulullah untuk mengadu akan masalah ini.

Lalu Rasulullah bersabda, "Demi dzat yang jiwaku di tangan-Nya, andai kalian tetap seperti kalian di sisiku dan terus berzikir niscaya para malaikat akan menjabat tangan kalian, sedang kalian berada di atas tempat tidur dan di jalan raya. Akan tetapi wahai Hanzalah, ada waktumu (untuk beribadah) dan ada waktumu (untuk duniamu)"

Jazakallahu Khairann!
Salam

Wednesday, June 1, 2011

Menyeluruh

Assalamualaikum

Alhamdulillah,hari ini aku masih lagi dikurniakan nikmat Islam,Iman dan akal.Jom guna akal kita untuk berfikir tentang kejadian alam yang dah Allah diciptakan.Macam biasalah,tak tau nak cerita apa,tapi mungkin nak cerita pasal konsep Syumul dalam Islam.

Islam adalah sistem hidup yang syumul,mencakupi seluruh fenomena kehidupan.Maka ia adalah negara dan tanah air atau kerajaan dan umat,akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan,kebudayaan dan undang2 atau ilmu dan kehakiman,material dan kebendaaan atau usaha dan kekayaan,jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah.Sepertimana ia adalah aqidah yang sebenar dan ibadah yang sahih tanpa bezanya.

Berdasarkan teks diatas jelaslah bahawa Islam itu mencakupi pelbagai aspek dalam kehidupan manusia.Minda umat Islam masa sendiri telah disempitkan tentang konsep Islam.Ada yang beranggapan Islam itu hanya sembahyang-sembahyang sahaja,ataupun makan kenduri.Konsep syumul telah dijelaskan dalam
Al Quran,antaranya :

Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu) dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah pertunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan, bagi orang-orang Islam.(An Nahl :89)

Sebagai seorang muslim,kita sepatutnya berasa izzah(bangga) dengan Islam itu sendiri.Mungkin aku pun kadang2 tak dapat rasa macam itu.Contohnya,kalau dekat university,nak solat pun sorok-sorok bawah tangga.Islam itu ada dalam setiap perkara;politik,ekonomi,undang-undang,sosial dan pendidikan.Realiti di Malaysia,konsep syumul macam tiada.Contohnya dalam politik,sesetengah ahli politik apabila bercakap tentang politik mereka lupa tentang cabang-cabang lain dalam Islam.Berkempen sehingga melupakan adab-adab berbicara,mengumpat,mencerca parti lawan walhal kadan-kadang parti lawan itu saudara seislam mereka.Bila ada ahli PAS yang masuk UMNO,mereka disanjung walhal dahulunya diperlekehkan.Sama juga dengan sebaliknya.Ini lah kesan apabila Islam tidak diambil secara menyeluruh.

Orang Melayu sememangnya bangga dengan keturunan mereka,tapi sedarkah kita bahawa yang akan dipersoalkan diakhirat bukanlah kita ini kaum apa,tapi agama kita,kesaksian kita terhadap keEsaan Allah dan meyakini Muhammad Rasulullah.Adakah kita nak kata Allah racist?Orang Islam itu bersaudara seperti mana firman Allah dalam surah Al Hujrat ayat 10 :

Orang-orang mukmin itu bersaudara, sebab itu perdamaikanlah antara dua orang bersaudara mu dan takutlah kepada Allah mudah-mudahan kamu mendapat rahmah.

Islam bukan sedakar memakai serban dan iman yang terperosok di dalam hati.Islam juga bukan sekadar duduk bersujud sepanjang masa,kalau kita anggap begitu mengapa para sahabat sanggup berperang dan mengembara sehingga ke Turki?Bukankah pahal bersolat di masjidil haram berlipat kali ganda pahala?Bila bercerita tentang para sahabat seperti usamah bin zaid,said bin amr,thufail dan lain-lain,rasa kagum tu memang wujud dalam diri.Mereka in semua insan yang hebat,berasa izzah terhadap Islam.Kisah Abu Dzar memang contoh terbaik!Tapi lain kali sajalah cerita kisah Abu Dzar.

Rasanya macam dah lari dari tajuk.hehe.Sebagai kesimpulan,janganlah sempitkan pemikiran kita pada Islam.Islam tak melarang kita berhibur,tak melarang kita beriadah,tapi cara kita berhibur dan beriadah tu perlulah selaras dengan adab-adab Islam.Yang penting jangan jadi fitnah kepada Islam!

Jazakalkahu Khairan kerana membaca.(^_^)





Tuesday, May 31, 2011

Assalamualaikum

Mungkin rasanya sudah lama aku tak aktif dalam dunia penulisan.Mungkin kerana disibukkan dengan peperiksaan atau mungkin juga sebab aku sendiri dah hilang minatuntuk menaip.

Entah kenapa masa musim-musim exam ni lah terasa nak aktif balik,tapi aku harap
aktif balik untuk buat artikel2 yang berfaedah.Sekurang-kurangnya ada lah
sikit memberi faedah kepada yang membaca.Kali ni rasanya macam tiada apa-apa
isi yang nak diceritakan,cuma nak mengingatkan tentang kita sebagai hamba.

Seperti yang semua maklum,manusia ini tidak lain hanyalah hamba kepada Tuhan Pencipta
Sekalian Alam,Allah.Kalau mengikut konsep perkataan hamba itu sendiri,jelaslah bahawa
seorang hamba itu tidak layak untuk membantah apatah lagi untuk mengingkari
serta memberontak terhadap Tuannya.Dalam konteks kita sebagai hamba Allah,mana mungkin kita mengingkari segala perintahNya.

Allah lah yang memiliki segala sesuatu didunia ini termasuk gas-gas oksigen yang kita
perolehi secara percuma.Dan akhirnya kita akan kembali menemui Allah di akhirat kelak.Ketahuilah bahawa dunia ini hanyalah tempat persinggahan bahkan Allah menyatakan dalam surah Al Hadid ayat ke 20 yang bermaksud :

Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu

Jika kita lihat pada hari ini,manusia lebih terdorong mencari kekayaan didunia tetapi ini tidak bermaksud Allah melarang kita mencari kekayaan.Yang dimaksudkan terdorong mencari kekayaan didunia ini adalah terlampau sibuk dengan perniagaan2,aktiviti2 sosial hingga terlupa kewajipan kita terhadap Allah.Kalau kita imbau kembali sejarah para sahabat seperti Abd.Rahman bin Auf dan isteri Nabi Muhammad sendiri,Khadijah mereka merupakan orang yang mahir dalam bidang perniagaan.Tetapi kita boleh lihat bagaimana mereka menggunakan potensi yang ada dalam diri mereka untuk jalan dakwah.

Mungkin cukup sampai disini,aku just nak kongsi satu ayat ni yang mungkin sedikit sebanyak memberi keinsafan kalau dihayati betul-betul.Baca dengan mata,masuk ke minda dan jatuh ke hati.Semoga hati basah dengan ketaqwaan kepada Allah.Jazakallahu Khairan

Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.(Al Hajj :5

Saturday, October 16, 2010

Mari blaja sejarah.

ABU AYYUB AL-ANSHARI

fakta ringkas mengenai beliau:
*Nama btul beliau Khalid bin Zaid bin Kulaib bin Tsa'labah.
*Menyertai bai'at Aqabah ke 2.
*Rumah beliau rumah 1st Rasullah singgah pas hijrah.
*Suka mkn dalam satu bekas yg same dgn nabi.
*Follow sume perang bersame nabi including badar.

Abu Ayyub berpihak kat Saidina Ali mase de krisis ngn Muawiyah.Pas Saidina Alin meninggal,beliau gerak g constantinople n syahid kat sane.Beliau nk beliau disemadikn kat sane.Jasad beliau dimakamkn kat depan benteng constantinople..Beliau meninggal pada tahun 52H.

“Hai Yazid, sampaikanlah salamku kepada tentera Muslimin dan katakan kepada mereka bahawa Abu Ayyub menyuruh kamu supaya menyerbu masuk ke dalam kawasan musuh sejauh yang boleh, bawalah dia dan kebumikan dia di bawah dinding kota Konstantinopel, kerana aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda bahawa seorang lelaki yang soleh akan syahid dan dikebumikan di bawah dinding tersebut.”kata2 terakhir beliau.

Tuesday, June 22, 2010

Peperiksaan.


22nd june 2010,Warszawa.
seorang pelajar dr Malaysia telah mengambil peperiksaan,
peperiksaan brlangsung selama beberapa minit,
kejayaan masih belum diketahui..
kesusahan tahap dewa2..
kesan kepada emosi agak memberangsangkan..
kerana esok masih ade exam..

histolgy..
tidur bersamamu,mkn bersamamu,mandi x bersamamu,
x nk la buku aku basah..
esok last paper tuk 1st year MD,
MD tue Mc.Donald..sila google,
klu google bg jwpn len,
maknenye laptop korang de masalah.

slide,slide,slide...
dpt 10 slides,agak susa..
rase cm nk ggt meja je..
confusing..
x pe,sok de mcq plak..semoga berjaya..
mari membaca..

topic ari nie,
tips2 menjelang musim peperiksaan :

1.makan tuk yg lapa.
2.solat bg yg boleh.
3.tido tuk yg ngantuk.
4.bace buku.
5.hafal buku.
6.wat nota.(aku x wat)
7.sediakn pen,pensil,cotton bud(tambahan)
8.selamat menjawab.

Monday, June 21, 2010

Kembali.

Kembali...o0o0 yeahhh...
feel so go0d to be back..ape kejadahnye update blog tp sok nk exam,
ah,dulik ape aku..update blog jap je pn..
sok aku exam histo..exam last..rabu pn ade lg..histo gak.
histo nie ibarat...ah,malu la aku nk ckp..
sape2 yg pnah blaja histo tue taw la..

khamis nie start wat attachment kat szpital..
szpital ngn hospital kn lbh kurang..so,phm2 je la..
tp ari jumaat aku brcadang nk mnx excuse....
bkn pe..org pntng cm aku nie..rmai nk jumpe...
sape2 nk jumpe ngn aku,sila la amk nomb0r dlu keyh..

lg bp mnggu je aku nk blk PONTIAN..
o0hh..pontian..meh aku nyanyikn lagu pontian.
presenting....dadadadamm..PONTIAN OFFICAL ANTHEM.
ok..da abes..sdp kn..thanks2...susa2 je puji..
bangga org2 pontian..

okeyh,topic ari nie Rokitansky Kuster Hauser Syndrome.
ok..aku pn x ingt nie skt pe sbnrnye..
name je aku ingt sbb name dy plik...hahaha
tp aku rase nie bab genital kot..pompuan yg x de uterus,cervix n upper vagina.
but still she can ovulate..aku rase la..korang g la google ye..

mungkin satu ari nie ade..azizi ahmad syndrome..
symptom dy...susa nk mkn gune kaki..
ok..sekian..slmt menonton piala dunia..

Friday, February 26, 2010

Doktorat


Nie la bakal2 doctor..amin..
Nape wat medic?
Sbb nk jd dctr la..
Nk tlong org yg ssh..
suda la kamu..
haha..bg la jwpn len..

Bg la jwpn sbb nk byk dwet..
nk title dr.
nk pe lg ek??

Adakah aku akn jd dctr?
InshaAllah..klu diizinkan,
akan ku pikul amanah ini..
cewaaahhhh...
ari2 bce buku...x cam mase skola dlu..
nk exam br bce buku..

Semoga aku dan kwn2 menjadi dctr yg sukses!
semoga jd cardiologist,surgeon n mcm2 lg la..
selamat kepada semua..