Friday, July 8, 2011

......

Assalamualaikum

Betulkan niat anda,perbaikkan amalan anda.Selamat bercuti rakan2.

Tuesday, June 21, 2011

Ringkas

Assalamualaikum

Hidup ini kena sentiasa bergerak,sentiasa perlukan perubahan,dari yang buruk kepada yang baik,dari yang baik kepada lebih baik.Muhasabah diri perlu,mohon keampunan setiap hari,dan mesti cuba berubah.Fikirkan apa yang sudah kita sumbangkan kepada islam,adakah kita sudah menjadi fitnah kepada islam?

Jazakallahu khairan.

Selepas Peperiksaan

Assalamualaikum
Alhamdulillah selesai sudah semua peperiksaan,hanya tinggal summer practical yang perlu dihabiskan.Sepanjang musim peperiksaan,memang aku tak baca buku lain selain buku pelajaran,jadi kurang lah sikit idea.Jadi,mungkin tak banyak yang hendak dikatakan.
Just nak share cerita yang dah biasa didengar:

Dahulu pada masa sebelum kalian ada seseorang yang membunuh 99 jiwa, lalu ia bertanya tentang orang yang paling alim di muka bumi, maka ia ditunjukkan kepada seorang rahib (ahli ibadah), lalu ia mendatangi rahib tersebut dan berkata, ’Jika ada orang yang membunuh 99 jiwa, adakah taubatnya akan diterima?’ Rahib pun menjawab, ‘Tidak.’ Lalu orang tersebut membunuh rahib itu sehingga genap sudah dia membunuh 100 nyawa.
Kemudian ia kembali bertanya tentang orang yang paling alim di muka bumi,
lalu ia ditunjukkan kepada seorang yang ‘alim, lalu dia berkata, ’Jika ada orang telah membunuh 100 jiwa, apakah masih ada pintu taubat untuknya?’ Orang alim itu pun menjawab, ‘Ya.. Siapakah yang menghalanginya untuk bertaubat? Pergilah ke daerah ini kerana di sana terdapat sekelompok orang yang menyembah Allah Ta’ala, maka sembahlah Allah bersama mereka dan janganlah kembali ke daerahmu yang terdahulu kerana daerah tersebut adalah daerah yang jahat.’Lelaki inipun lantas pergi menuju tempat yang ditunjukkan oleh orang alim tersebut. Ketika sampai di tengah perjalanan, maut menjemputnya. Maka terjadilah perselisihan antara Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab. Malaikat Rahmat berkata, ‘Orang ini pergi untuk bertaubat dengan menghadapkan hatinya kepada Allah’. Sedangkan Malaikat Azab berkata, ‘Sesungguhnya orang ini belum pernah melakukan kebaikan sedikit pun’.Lalu datanglah malaikat lain dalam bentuk manusia, mereka pun sepakat untuk menjadikan malaikat ini sebagai pendamai. Malaikat ini berkata, ‘Ukurlah jarak kedua tempat tersebut (jarak antara tempat jahat yang dia tinggalkan dengan tempat yang baik yang ia tuju), daerah yang jaraknya lebih dekat, maka daerah tersebut yang berhak ke atas orang ini.’ Mereka pun mengukur jarak kedua tempat tersebut dan teryata orang ini lebih dekat dengan tempat yang ia tuju! Oleh karena itu rohnya dibawa oleh Malaikat Rahmat.”

Friday, June 17, 2011

Aku sebagai muslim

Assalamualaikum

Antara Islam dan Melayu mana lebih penting?Adakah kemelayuan kita akan dipersoalkan di akhirat?Takkan Melayu hilang di dunia.Aku lebih rela Melayu hilang daripada islam hilang.Aku nak islam,bukan Islam.Apa beza islam dengan Islam?Senang saja.Sebagai contoh;aku lari dan aku Lari.Aku lari merujuk kepada perbuatan aku lari,tapi kalau aku Lari merujuk kepada aku yang bernama Lari.Contoh saja,memang tiada orang nama Lari.Islam bukan sekadar nama,tapi diterjemahkan kepada perbuatan dan diImani di dalam hati.

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.(Al an'aam:162)

Tak ramai yang mampu membuat seluruh penyerahan diri kepada Allah.Kadang-kadang kita gagal dalam suatu perkara,kita salahkan pelbagai pihak,bila kita berjaya kita lupa itu semua pemberian Allah.Memang pada dasarnya sifat manusia itu lupa dan kerana itu perlunya sistem tarbiyah yang sentiasa mengingatkan kita untuk sentiasa berpegang pada jalan Allah.Mampukah kita untuk melakukan semua perkara kerana Allah?Kadang-kadang kita rasa kita belajar sebab nak jadi doktor,nak jadi macam-macam lagi lah.Kita melafazkannya setiap hari 'Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.' tetapi adakah kita memahami dan menghayati?

Banyak persoalan dalam diri yang perlu dihuraikan sebagai seorang hamba.Berpeganglah kepada Al Quran dan As Sunnah.Jazakallahu Khairan.


Monday, June 6, 2011

Masalah!!

Assalamualaikum

Aku ada masalah besar gilaa!Masalah utama dalam hidup aku!Risau weyhhh,nannti masuk syurga ke masuk neraka??Tu lah masalah paling besar.

Saturday, June 4, 2011

Adaptive Immunity dan Daie

Assalamualaikum

Alhamdulillah,hari ini masih lagi dibangunkan dalam keadaan Islam,dan masih lagi dikurniakan nikmat akal yang sihat untuk menaip.Walaupun peperiksaan bakal tiba,apa salahnya ambil 5-10minit untuk menaip sesuatu yang berfaedah ye tak?hehe

Adaptive Immunity?Daie?Ada kait ke?Macam tidak ada kena mengena sahaja.Daie memerlukan skills untuk menjayakan usaha dakwahnya.Skills itu boleh diperolehi dengan mengembangkan potensi yang ada dalam diri sendiri di samping mempelajari skills dari orang lain.

Sama lah seperti Antigen Presenting Cell(APC) yang mengambil peptide dari dalam cell itu sendiri ataupun peptide daripada luar cell.Kita boleh ibaratkan begini :

APC = Daie
Peptide = Skills dakwah

Apabila Daie telah mempunyai skills yang mantap,mudahlah baginya untuk menjalankan gerak kerja dakwah.Skills dapat dipersembahkan kepada pelbagai kaedah dan strategi dalam berdakwah untuk menarik minat orang supaya lebih memahami ISLAM.

Dalam Adapative Immunity,T-Cell memerlukan MHC untuk berfungsi.MHC pula memerlukan peptide.Dalam dakwah pula,untuk menarik minat orang supaya lebih memahami ISLAM,strategi dan kaedah dakwah itu sangat penting.Strategi dan kaedah dakwah ini pula memerlukan skills daripada seorang Daie itu sendiri.Kesimpulannya :

APC + peptide---------->MHC--------->T-Cell--------->effects

Skills + Daie----->Kaedah&Strategi----->orang ramai----->faham ISLAM

Mungkin sukar difahami.hehe.Kepada semua comrades bittaufiq wannajah fil imtihan!

Jazakallahu Khairann!


Thursday, June 2, 2011

Makan Babi

Assalamualaikum

Saya mewakili penduduk flat nowiniarska,bersetuju dengan kenyataan Tun Dr.Mahathir.Makan duit rasuah sama macam makan babi.Makan riba' pun sama macam makan babi.Kesimpulannya bukan babi sahaja yang haram di Malaysia.JAKIM sila bertindak dengan lebih tegas!

“ Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.” ( Al-Baqarah : 188 )

Ini untuk riba' pula:

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman. (Al Baqarah: 287)

Jazakallahu Khairann!
Salam.